My PhotoBlog Journey

Posts Tagged ‘lokin

Akhirnya ada masa juga untuk aku update perjalanan 2nd round perak ni, haha, lately sangat buzy dengan kerja dan editing gambar (bukan edit apa sangat pun , tapi adalah sikit sikit)

perjalanan kali ni bersama hazwan dan azwin , bertiga saja ..huhu.kira reunion untuk kamiterlaluplayboyuntukbercouple lah ..kewkewkew

kami start bertolak dalam pukul 1.30 tengahari waktu malaysia (pada cadang awalnya pukul 9 pagi , tapi itulah..janji melayu semata) . .. perjalanan mengambil masa 3 4 jam sebab hujan dan jam di sekitar rawang ,
antara perkara yang kelakar pada hari sabtu itu :-

– Azwin semangat gila nak bawa kerete aku (lepas hentian tapah) , baru jer tekan clutch untuk reverse dari parking , dia dah give up , Hoho, siap tagteam dengan hazwan lagi , bermacam – macam alasan diberi ,kewkew

– Wawan tanye awek yang shopping dekat the store : Hotel paling dekat dimane?..walhal belakang kitorang besar gile signboard hotel!warne warni lagi :))
last last awek tu cakap : Hotel Tokyo kot .. (pada masa yang sama wawan memakai baju ” I LOVE TOKYO” )
haa…kami dah rase semacam..rase cam kene tipu pun ada..tapi selamatlah betul ada hotel tu,kalau tak malu jer , kene kelentong dengan orang . ahaha

– Terdapat pelbagai baju indie yang dicetak rompak kat pasar malam dekat ipoh , antaranya baju bangkit , saya sayang mak saya dalam pelbagai font dan juga baju Butterfinggers , tak terlupa juga baju hujan dan baju bunkface dan beberapa band indie lain , huhuhu , rasanya kalau budak – budak yang beli baju ni lepas tu pegi gig band diorang , diorang mesti terkejut , bila masa tah diorang keluarkan baju tu 😀

— so hari sabtu berakhir dengan begitu sahaja …..

Ahad Morning , 6.30 am

Lena kami dikejutkan oleh bunyi alarm cellphone wawan , tak cukup dengan itu , wawan siap minta rakan blog (yang 5 tahun kenal tapi takpernah jumpa ) mengejutkan nya.. huhu
selepas mandi ..eh.mana ada mandi..tak mandi pun! , basuh2 muka sikit , gosok gigi , semayang subuh and tgk motivasi pagi , kami terus berjalan kaki ke Pasar Lokin ….

Read the rest of this entry »

Phew,minggu lepas minggu yang agak memenatkan bagi aku,
banyak juga aktiviti harian aku ..

aktiviti pertama aku start pada hari sabtu , photoshoot Band Metal yang agak popular di beberapa kalangan otai.hehe.alhamdullilah , photoshoot berjalan dengan agak lancar, tanpa sebarang masalah , mereka pun sporting , happy dan gila gila .

selepas habis photoshoot, bawa diorang pegi makan dekat Nimbs Little Island berdekatan dengan Sungai Ramal , lepas tu balik, ambil kereta dari encik islah, bertolak ke ipoh pulak,dengan Lyn .

Read the rest of this entry »