My PhotoBlog Journey

2nd round perak

Posted by: undermysin on: February 5, 2009

Akhirnya ada masa juga untuk aku update perjalanan 2nd round perak ni, haha, lately sangat buzy dengan kerja dan editing gambar (bukan edit apa sangat pun , tapi adalah sikit sikit)

perjalanan kali ni bersama hazwan dan azwin , bertiga saja ..huhu.kira reunion untuk kamiterlaluplayboyuntukbercouple lah ..kewkewkew

kami start bertolak dalam pukul 1.30 tengahari waktu malaysia (pada cadang awalnya pukul 9 pagi , tapi itulah..janji melayu semata) . .. perjalanan mengambil masa 3 4 jam sebab hujan dan jam di sekitar rawang ,
antara perkara yang kelakar pada hari sabtu itu :-

- Azwin semangat gila nak bawa kerete aku (lepas hentian tapah) , baru jer tekan clutch untuk reverse dari parking , dia dah give up , Hoho, siap tagteam dengan hazwan lagi , bermacam – macam alasan diberi ,kewkew

- Wawan tanye awek yang shopping dekat the store : Hotel paling dekat dimane?..walhal belakang kitorang besar gile signboard hotel!warne warni lagi :) )
last last awek tu cakap : Hotel Tokyo kot .. (pada masa yang sama wawan memakai baju ” I LOVE TOKYO” )
haa…kami dah rase semacam..rase cam kene tipu pun ada..tapi selamatlah betul ada hotel tu,kalau tak malu jer , kene kelentong dengan orang . ahaha

- Terdapat pelbagai baju indie yang dicetak rompak kat pasar malam dekat ipoh , antaranya baju bangkit , saya sayang mak saya dalam pelbagai font dan juga baju Butterfinggers , tak terlupa juga baju hujan dan baju bunkface dan beberapa band indie lain , huhuhu , rasanya kalau budak – budak yang beli baju ni lepas tu pegi gig band diorang , diorang mesti terkejut , bila masa tah diorang keluarkan baju tu :D

— so hari sabtu berakhir dengan begitu sahaja …..

Ahad Morning , 6.30 am

Lena kami dikejutkan oleh bunyi alarm cellphone wawan , tak cukup dengan itu , wawan siap minta rakan blog (yang 5 tahun kenal tapi takpernah jumpa ) mengejutkan nya.. huhu
selepas mandi ..eh.mana ada mandi..tak mandi pun! , basuh2 muka sikit , gosok gigi , semayang subuh and tgk motivasi pagi , kami terus berjalan kaki ke Pasar Lokin ….


sesampai di Pasar Lokin , orang dah agak ramai , mengikut sumber , peniaga dah mula menjual dari pukul 6 pagi lagi , disebabkan perut lapar , maka kami membuat keputusan untuk membedal nasi lemak dekat kedai mamak yang berdekatan…

— masing masing makan dengan lahap dan tanpa belas kasihan —

burp~Alhamdullilah , lepas je makan baru kami memulakan perjalanan .. so mula lah ke gerai ke satu gerai , kali ini aku lagi banyak masa dari perjalanan lepas , tak da lah nak gopoh sangat ,
berbagai barangan antik yang dijual disitu , antaranya piring hitam yang lama , buku doraemon lama ( aku ada grab ) , kamera lama , handphone lama , dan banyak lagi barang antik ..yang tak masuk akal pun ada dijual nya ..contohnya gambar group zaman dulu, maybe penjual tu fikir kot2 ada orang yang dalam gambar tersebut yang tak mempunyai copy berminat untuk membelinya.well who know ..hehe

Masa kami dok berjalan – jalan , kami terserempak dengan group outing yang lain , mereka dari forum BorakPhoto.net..katanya 6 kerete yang join kesemuanya ,tapi taktaulah dalam 6 buah kereta tu berapa orang pulak,tapi ramailah jugak, Alhamdullilah , kenal lagi beberapa orang rakan baru , hee , mereke mostly Alpha User , so outing kami takda lah bosan sangat)

Lepas dah penat berjalan – jalan , dalam pukul 11 gitu kami pun balik lah ke hotel , nak checkout pukul 12 .. so lepas mandi manda , siap siap, kemas kemas barang , kami pun berangkatlah ke destinasi seterusnya – tugu jam peringatan birch , mengikut sumber wawan , “seorang” lukisan yang missing itu berpunca disebabkan oleh rohnya tak sempat untuk pulang ketika merayau di waktu subuh , lalu terbakar disebabkan oleh pancaran matahari .huhu…

Dengan bantuan GPS , kami ke Kellies castle , huhu, meredah taman perumahan , dan juga jalan2 yang aku rasa tak logik untuk dilalui , huhuhu ,

Sesampainya di kellies castle , shoot2 sikit, baca sejarah nya , dan juga makan kat situ , kami meneruskan perjalanan kami ke Menara Condong di Teluk Intan , hoho , jauh gila perjalan ke sana , dalam 2 jam jugakla..

sesampai di menara condong (tapi xde lah condong sangat menara dia..sikit jer kot?) , shoot2 sikit , jalan2 dalam tu , dan baca sejarah dia , kami pun bertolak lah balik ..

Disebabkan kami dah terlalu jauh untuk ke Hiway , nak tak nak kene lah ikut jalan Kuala Selangor , agak jauhlah perjalanan kami , dahlah aku jer single driver , huhu

Setelah sesat beberapa round , akhirnya kami sampai jugak di lebuhraya Rawang (gilelah bapak jauh kami seesat :D )

so balik…ambil Lyn dekat MMU , makan satey lepas tu hantar wawan dan hantar azwin …..

Colapse~

**gambar nantilah aku upload…tunggu hosting..kewkew**

Advertisement

3 Responses to "2nd round perak"

mne photo??? hehehee…cepat2 upload… ;p

eeeeeee…. x mandi pagi.. BUCUK!!!

besh nye. ko mmg x mandi pagi ker?
x senonoh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.